Lagenda badminton negara, Lee Chong Wei menitipkan pesan buat jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia.
Zii Jia kini sedang berjuang di Olimpik Paris dengan terkini pemain berusia 26 tahun itu tewas di peringkat separuh akhir di tangan juara dunia, Kunlavut Vitidsarn pada Ahad.
Dalam aksi itu, Zii Jia terpaksa akur dikecewakan dengan kehandalan Kunlavut sekaligus menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 21-14, 21-15 memihak pemain Thailand itu.
Menurut bekas pemain badminton negara, Lee Chong Wei, keshngguhan tinggi telah ditampilkan oleh Zii Jia dan beliau mahu fokus dialihkan bagi aksi penentuan pingat gangsa pula.
”Kamu dah berikan yang terbaik Lee Zii Jia. Semua rakyat Malaysia berbangga dengan kamu. Mari buat semula untuk empat tahun lagi,” ujar Lee Chong Wei menerusi hantaran Instastory.
”Sekarang, bawa balik pulang gangsa dahulu untuk negara.”
Selepas ini, Zii Jia bakal bersaing dalam aksi penentuan pingat gangsa dan dijadualkan menentang Lakhsya Sen dari India yang turut tumpas kepada Viktor Acelsen..