Ads
Olimpik Paris: Juara Dunia Halang Impian Final Lee Zii Jia
UltraSukan
Olympic Malaysia

Hajat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menjadi pemain Malaysia pertama layak ke final Sukan Olimpik sejak edisi 2016 tidak kesampaian.

Advertisements

Ini selepas usaha anak jati Alor Setar, Kedah itu disekat juara dunia 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn di peringkat separuh akhir.

Advertisements

Pertembungan dua wakil Asia Tenggara ini dinantikan ramai selepas kedua-duanya berjaya menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat suku akhir. Kali terakhir Zii Jia dan Kunlavut berentap ialah saingan Indonesia Open 2024.

Advertisements
Advertisements

Pemain perseorangan berusia 23 tahun itu berjaya mengatasi bekas juara All England 2021 itu dengan keputusan 21-16, 21-17. Meskipun begitu, Zii Jia memiliki rekod seimbang dengan Kunlavut dengan masing-masing memiliki empat kemenangan.

Set pertama menyaksikan kedua-dua pemain bersaing sengit mendapatkan mata. Pada satu ketika, Zii Jia dan Kunlavut terikat pada kedudukan 9-9.

Advertisements

Juara Thailand Open 2023 itu kemudiannya mendahului pada kedudukan 11-9. Meskipun cuba dikejar oleh Zii Jia, Kunlavut kekal mendahului dan meraih kemenangan dengan keputusan 21-14.

Set kedua menyaksikan Zii Jia cuba bangkit untuk dengan harapan mengheret perlawanan ke set penentuan. Malangnya, beberapa kesilapan yang dilakukan beliau menyebabkan Kunlavut mendahului pada kedudukan 10-4.

Zii Jia berusaha mengumpul mata demi mata tetapi Kunlavut terus unggul di hadapan. Ini membolehkan jaguh Thailand itu mara ke final dengan keputusan 21-15.

Advertisements

Meskipun tewas, perjalanan Zii Jia kali ini lebih baik daripada edisi 2020 di Tokyo, Jepun. Juara Thailand Open 2024 itu bakal berdepan sama ada Viktor Axelsen atau Lakshya Sen untuk penentuan pingat gangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram