Ads
Olimpik Paris: Lee Zii Jia Cipta Rekod Peribadi, Lepasi Halangan Anders Antonsen
UltraSukan
Olympics Council of Malaysia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan kemaraan di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 setelah melepasi halangan dari Anders Antonsen pada awal pagi Sabtu.

Advertisements

Setelah menyingkirkan pemain tuan rumah, Toma Junior Popov pada Khamis, Zii Jia turun ke Arena de La Chapelle bagi berdepan Anders Antonsen dari Denmark di pusingan suku akhir.

Advertisements

Meskipun rekod pertemuan lebih memihak buat Antonsen, namun wakil negara ini berjaya merekodkan kemenangan dalam aksi terakhir membabitkan kedua-dua pemain di Malaysia Masters 2024.

Advertisements
Advertisements

Aksi dilihat seimbang dengan kedua-dua pemain dilihat lebih gemar bermain di jaring apabila Zii Jia beberapa kali memerangkap Antonsen menggunakan taktikal ini di awal permainan.

Fokus Zii Jia terganggu seketika menyebabkan Antonsen sempat menyamakan mata 13-13 sebelum wakil negara ini kembali tenang mengawal situasi lalu memenangi set pertama 21-17.

Advertisements

Bersambung di set kedua, jaguh kelahiran Kedah ini tidak memberi sebarang ruang buat Antonsen yang kelihatan semakin buntu mencari jalan untuk bangkit menyaingi Zii Jia.

Kelebihan jurang mata yang besar di pertengahan aksi mula beri tekanan buat Antonsen yang juga pemain ketiga dunia sebelum Zii Jia menoktahkan kemenangan di set kedua 21-

Aksi di gelanggang satu berakhir dengan kemenangan buat Lee Zii Jia.

Kemenangan ini membawa Lee Zii Jia mara ke peringkat separuh akhir untuk menempah pertemuan menentang juara dunia, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand.

Advertisements

Untuk rekod, ini merupakan pentas separuh akhir pertama buat Lee Zii Jia di temasya Olimpik setelah penampilan pertamanya di Tokyo lalu berakhir di pusingan 16 terbaik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram