Bersempena Sukan Olimpik, Astro membawakan saluran-saluran khas secara percuma untuk menyaksikan atlet Malaysia berjuang di Paris.
Astro dengan bangganya akan membawakan 18 saluran khas buat semua pelanggan Astro dalam definisi tinggi (HD) termasuklah 16 saluran dedikasi tambahan serta dua saluran eksklusif (Saluran 801 & 802HD) untuk Olimpik Paris, 2024 ini.
Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, pihaknya akan menyiarkan laporan komprehensif sebagai tanda sokongan buat atlet negara yang akan berjuang di Sukan Olimpik nanti
“Dengan liputan di pelbagai platform, Astro membawakan liputan komprehensif bersama tenaga kerja yang juga akan terbang ke Paris bagi membawakan kehangatan, detik suka dan duka atlit negara di temasya sukan berprestij dunia ini nanti.”
“Kami juga memahami setiap peminat mempunyai cara yang tersendiri untuk menikmati tontonan aksi terulung acara sukan di temasya ini nanti,” ujarnya dalam satu kenyataan.
“Oleh itu, kami menawarkan pengalaman tontonan yang fleksibel dimana pelanggan boleh memilih untuk menonton secara langsung melalui peranti pilihan dengan pelbagai kaedah langganan mengikut citarasa tontonan anda.”
Semua pelanggan Astro akan mendapat akses percuma 16 saluran khas Paris 2024 dalam tontonan HD termasuk 6 saluran boleh ditontoni di Astro GO. Pelanggan juga boleh menonton Astro Arena (Saluran 801 dan 802) untuk ulasan dan liputan dalam Bahasa Malaysia.
Sementara semua pelanggan aktif Starter Pek (kecuali Pek HD) akan mendapat akses percuma 10 saluran Paris 2024. Bagi bukan pelanggan Starter Pack pula, anda melanggan Starter Pack pada harga serendah RM28.00 untuk 30 hari.
Orang ramai juga boleh strim Paris 2024 dengan mana-mana pelan langganan sooka dari RM13.90 ke atas untuk 16 saluran khas yang boleh disaksikan di peranti pilihan.
Untuk menonton aksi Paris 2024, dapatkan tawaran sooka Premium melalui tawaran istimewa web kami bermula dari RM29.60 (harga asal RM47.10 sebulan). Layari sooka.my untuk maklumat lanjut.
Astro turut menghantar empat wartawan lokasi ke Paris iaitu Azlan Mubin, Fariha Razak, Ahmed Shahrazad Sani dan juga Zulhelmi Zainal Azam bagi membawakan laporan terperinci serta terkini atlit yang akan mengalas cabaran negara nanti.
Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bakal membuka tirai pada 24 Julai ini dengan seramai 26 atlet Malaysia akan membawa misi besar untuk menghadiahkan pingat emas pertama buat negara sepanjang sejarah penyertaan.