Ads
“Dalam Kes Baju Olimpik, Kenapa Perlu Gugurkan Hamidin?” – Hannah Yeoh
UltraSukan
FA Malaysia

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil mempertahankan Datuk Haji Hamidin Mohd Amin dalam isu pakaian kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Advertisements

Baru-baru, pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah memperkenalkan pakaian kontinjen Olimpik negara di Paris berupa baju berkolar, baju T dan jaket dalam satu majlis sempena Hari Olimpik Malaysia di The Exchange TRX.

Advertisements

Walau bagaimanapun, sejak diperkenalkan kepada orang ramai, imej pakaian berkenaan mendapat maklum balas negatif daripada peminat sukan tanah air di media sosial terutamanya dari segi pemilihan warna dan corak pakaian berkenaan.

Advertisements
Advertisements

Datuk Haji Hamidin selaku Chief de Mission kontinjen negara sebelum ini tampil menjelaskan berkenaan isu pemilihan warna dan corak yang mengecewakan setelah mendapat respon kurang baik dari orang ramai.

Perkara ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh yang ditemui ketika pelancaran Liga Wanita Nasional 2024 berkata, langkah untuk menggugurkan Datuk Hamidin bukanlah jalan penyelesaian yang baik bagi sesuatu masalah.

Advertisements

”Dalam komen di media sosial ini selalunya kita lihat kalau ada masalah, cara dan cadangan adalah gugurkan orang tersebut. Ini bukan cara yang betul (contohnya) kalau pasukan kalah, kita tukar pengurus dan pecat semua,” ujar beliau ketika ditemui di Lalaport.

”Sebenarnya kita kena mengenalpasti punca masalah tersebut, dalam kes ini puncanya bukan Datuk Hamidin. Jadi kenapa perlu gugurkan Datuk Hamidin untuk kes baju ini?” soal YB Hannah Yeoh.

Advertisements

Dalam perkembangan yang sama, berita gembira buat kontinjen Malaysia apabila seorang lagi atlet cemerlang menempah tempat ke Sukan Olimpik iaitu Ashley Lau, pemain golf wanita negara sekaligus menjadikan secara keseluruhan seramai 22 atlet.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram