Malaysia kempunan menambah koleksi pingat emas Sukan Asia 2026 dalam acara sepak takraw.
Musuh tradisi, Thailand menjadi penghalang apabila menewaskan Malaysia 2-0 dalam final acara regu yang berlangsung pada Selasa.
Selepas tewas dalam acara regu berpasukan, Thailand dilihat tidak mahu lagi kecewa bila berdepan Malaysia dalam final acara regu.
Malaysia mempertaruhkan gandingan Azlan Alias, Aidil Aiman Zawawi dan Syahir Rosdi untuk memburu pingat emas ketujuh negara dalam temasya kali ini.
Meskipun begitu, Thailand dilihat bersemangat apabila mengungguli set pertama dengan keputusan 15-9. Malaysia kemudiannya membuat pertukaran dengan memasukkan Zulkifli Razak dan Afifuddin Razali untuk mengubah momentum.
Malangnya, Thailand terus mengekalkan momentum mereka pada set kedua. Meskipun Syahir dan Azlan kembali dimasukkan dalam set kedua, itu tidak cukup menghalang Thailand meraih kemenangan dengan keputusan 15-8.
Keputusan ini menyaksikan Malaysia terlepas peluang meraih emas berganda selepas memenangi acara regu berpasukan baru-baru ini.