“Oman Tidak Kuat Seperti Pasukan Yang Kita Lawan Di Piala Asia”
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Bek tengah Malaysia, Shahrul Saad melihat skuad negara memiliki kelebihan bila berdepan Oman buat kali kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Selasa ini.

Harimau Malaya terpaksa menelan kepahitan apabila tewas 2-0 kepada pasukan Asia Barat itu pada awal pagi 22 Mac lalu.

Meskipun tewas, Shahrul melihat Oman tidaklah sekuat seperti dua pasukan yang dihadapi Malaysia di Piala Asia 2023 iaitu Jordan dan Bahrain.

Advertisements

Bek tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu percaya dengan sokongan padu penyokong pada Selasa ini, tidak mustahil mereka boleh mengejutkan pasukan yang menduduki ranking ke-80 dunia itu.

“Saya rasalah mereka (Oman) tidak sekuat pasukan yang kita lawan di pentas Piala Asia. Tapi saya rasa kita mampu untuk melakukan sesuatu di tempat kita.

“Saya pasti kita mempunyai kekuatan tersendiri bila bermain di tempat kita. Jadi, saya harap kita mengambil peluang untuk menewaskan Oman di tempat kita,” katanya kepada media hari ini.

Advertisements

Selepas tiga perlawanan, Malaysia, Oman dan Kyrgyzstan berkongsi enam mata dalam Kumpulan D. Bagaimanapun, Oman dan Kyrgyzstan menduduki kedudukan dua teratas kumpulan dari segi kelebihan jaringan.

Malaysia dijangka memanfaatkan kelebihan SNBJ bila berdepan Oman buat kali kedua untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada Selasa ini. Difahamkan hampir 12,000 tiket sudah terjual untuk perlawanan itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram