’Ombak’ JDT Dari Jepun
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ujian hebat bakal dihadapi oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) yang datang dari Jepun.

Skuad kendalian Xisco Munoz kini dalam momentum cemerlang terutamanya dalam kempen AFC Champions League Elite (ACLE).

Selepas enam perlawanan, skuad Harimau Selatan menduduki tangga ke enam hasil dua kemenangan, dua seri dan dua kekalahan serta mengumpul lapan mata.

JDT yang kini dalam misi untuk memburu lapan slot ke pusingan kalah mati bakal berkunjung ke Jepun dalam misi meraih kemenangan ketiga peringkat kumpulan.

Jaguh Jepun, Sanfrecce Hiroshima bakal menjadi halangan terbaru JDT selepas kedua-dua pasukan bakal bertemu di Edion Peace Wing Hiroshima jam 6.00 petang.

Juara bertahan Liga Super ini melakar keputusan seri 0-0 berdepan wakil China, Shanghai Port bagi aksi terakhir kumpulan pada 9 Disember lalu.

JDT berada pada prestasi terbaik ketika ini, menang empat daripada lima aksi terakhir sementara Sanfrecce Hiroshima menang empat dan tewas satu.

Sanfrecce memiliki kelebihan dari sudut prestasi ACLE selepas menduduki tangga ketiga (11 mata) dan hanya terpisah dua mata dengan pendahulu, Vissel Kobe (13 mata).