Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu mengambil kira statistik yang dicatat oleh pasukan lawan, Nam Dinh menjelang pertemuan dalam kempen Shopee Cup pada Khamis.
Pertemuan Nam Dinh vs JDT bakal menemukan dua pasukan hebat dari Vietnam dan Malaysia yang masing-masing ketika ini memburu tempat selaku juara kumpulan ke separuh akhir nanti.
Kehadiran JDT ke bumi Vietnam pastinya dengan misi untuk memburu kemenangan mutlak tatkala Nam Dinh pula hanya memerlukan keputusan seri untuk kekal di puncak kumpulan B.
Berdasarkan rekod 5 perlawanan terakhir, Nam Dinh dan JDT dilihat berada di prestasi terbaik apabila kedua-dua pasukan ini tidak merekodkan sebarang kekalahan bahkan cemerlang di depan pintu gol lawan.
Nam Dinh mencatatkan 21 jaringan dalam 5 aksi terakhir hasil kemenangan ke atas Lion City Sailors (3-0), Bangkok United (4-1), Eastern SC (9-0) dan Shan United (3-0) selain seri 2-2 bertemu Thanh Hoa.
Begitu juga dengan JDT yang sememangnya dominan dalam aksi Liga Malaysia apabila 21 jaringan direkodkan ketika atasi Kuching City (2-1), PDRM (10-0 dan 1-0), Shan United (3-0) serta Imigresen (5-0).
Di sebalik pesta jaringan yang diraih oleh Nam Dinh dan JDT ini, nama Bergson dan Xuan Son menjadi watak utama yang akan menambah kehangatan pertemuan antara dua kelab ini.