Ong Kim Swee: Skuad B-23 Perlu Lebih Banyak Perlawanan Persahabatan
Asia
Sabah FC
Advertisements

Bekas jurulatih bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee berpendapat bahawa pasukan muda negara perlu lebih banyak hadapi perlawanan persabatan. 

Menjelang Piala Asia Bawah 23 di Qatar pada bulan April ini, beliau yakin dengan adakan beberapa siri perlawanan persahabatan skuad muda negara mampu melakar kejutan. 

“Dalam kejohanan peringkat umur,bawah 23 tahun kebawah, kita raih keputusan positif tapi bukan bermakna kita boleh layak tanpa persiapan yang lebih baik.

Advertisements

“Kalau barisan pemain ini disediakan lebih banyak latihan, perlawanan persahabatan saya percaya pemain mampu lakar kejutan. Kita telah membuktikan sebelum ini,” kata Kim Swee dalam wawancara bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Jurulatih pasukan Sabah itu menyatakan bahwa jurang perbezaan antara Malaysia dengan negara lain seperti di Timur Tengah tidaklah terlalu jauh ketika ini. 

Advertisements

Beliau percaya dengan skuad kali ini mampu memberikan aksi yang terbaik selepas prestasi cemerlang skuad muda negara mencatatkan keputusan positif antaranya menentang China pada Disember yang lalu

“Zaman yang lepas, ketika saya mengendali pasukan b23, kita telah dapat mengurangkan jurang perbezaan. Kalau dahulu, kita jumpa pasukan timur tengah mereka akan pasti kenyakinan tinggi tewaskan kita, tetapi pada kebelakangan ini, mereka tidak ambil mudah.

Advertisements

“Ini merupakan skuad yang terbaik daripada zaman Brad Maloney dan dibawa ke peringkat sekarang ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mensasarkan skuad B-23 tahun negara untuk layak ke peringkat separuh akhir Piala Asia 2023 B-23 tahun.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram