Ong Kim Swee Tidak Gusar Dengan Rekod Tempat Lawan Sabah
Asia
Hanif Ismail/Sabah FC
Advertisements

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tidak bimbang dengan rekod tempat lawan menjelang aksi kedua Kumpulan H menentang PSM Makassar esok.

Rekod tempat lawan Sabah kurang memuaskan terutama dalam Liga Super. Daripada 13 kemenangan yang direkodkan musim ini, hanya tiga direkodkan di tempat lawan.

Kali terakhir skuad Badak meraih kemenangan di tempat lawan dalam liga ialah menentang Penang pada 30 Julai lalu.

Advertisements

Begitupun, bagi Kim Swee, Piala AFC dianggap kejohanan berbeza berbanding Liga Malaysia (Liga M).

Dengan tiga perlawanan di tempat lawan, Sabah perlu bijak mendapatkan mata untuk melepasi peringkat kumpulan dan mara ke pusingan seterusnya.

Advertisements

“Ya, kita tahu ini bukan senang. Sudah tentu rekod di tempat lawan tidak bagus untuk kita. Tetapi Piala AFC ialah kejohanan berbeza di mana dalam setiap kumpulan ada enam perlawanan.

“Jadi, kita mesti tahu cara nak dapatkan keputusan. (Keutamaan) nombor satu, kita mesti pastikan kita tidak kehilangan mata di tempat lawan.

Advertisements

“Dengan persediaan yang kita lakukan, kita boleh hadapi semua tekanan dan mulakan kempen kita di tempat lawan dengan harapan kita dapat keputusan yang positif,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.

Sabah akan turun menentang PSM Makassar di Stadium Kapten I Wayan Dipta esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram