Ong Kim Swee Tinggalkan Sabah Mengejut?
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Skuad Sabah FC berpotensi menerima tamparan hebat dengan sepak mula musim baru Liga Super bermula pada bulan hadapan.

Ini selepas Majlis Sukan Negara (MSN) berminat mendapatkan khidmat jurulatih skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee sebagai pengarah baru Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Kim Swee dikatakan calon sesuai bagi mengisi jawatan tersebut. Sebelum ini, peranan Pengarah AMD digalas oleh bekas Pengarah Akademi Twente Enschede, Dennis Bekking pada 2019.

Advertisements

Selepas kontraknya tidak disambung oleh MSN, khidmat Bekking kemudiannya disambar Selangor FC sebagai Pengarah Teknikal Merah Kuning pada September 2022.

Apabila diminta mengulas tentang perkara tersebut oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom untuk Nadi Arena, Kim Swee melihat situasi ini sebagai sesuatu yang normal apabila ada kekosongan jawatan yang penting.

“Tiada perbincangan yang dikatakan rasmi. Di mana kita semua tahu ada jawatan-jawatan kosong bukan saja di AMD tetapi beberapa pasukan juga.

Advertisements

“Tapi ini spekulasi yang saya boleh katakan. Bila timbul sesuatu jawatan (kosong), sudah tentu banyak pihak akan mengaitkan (jawatan dengan individu tertentu) antara satu sama lain.

“Bagi saya, buat masa ini kita harus mempunyai kata sepakat di mana jika saya ditugaskan atau diperlukan, sudah tentu banyak perkara yang perlu kita bincangkan sebelum sesuatu keputusan diambil.

“Jadi, untuk saya, buat masa ini keutamaan saya bersama pasukan Sabah. Pasukan Sabah diutamakan dan jika ada sebarang tawaran, satu perbincangan perlu diadakan,” katanya.

Advertisements

Sejak membimbing Sabah pada Oktober 2021, Kim Swee berjaya membimbing pasukan itu meraih tempat ketiga dalam liga pada musim 2022 dan 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram