Advertising
Orleans Masters: Yi Fan-Shu Xian Sekat Kemaraan Pearly Tan-M. Thinaah
UltraSukan
MSN Malaysia
Sponsors
FAM - Malaysia vs Nepal

Hasrat beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Orleans Masters terbantut.

Ini selepas beregu negara tumbang di tangan pilihan ketujuh dari China, Jia Yi Fan dan Zhang Shu Xian di peringkat suku akhir.

Ad

Selepas berjaya mengetepikan beregu Korea Selatan, Jeong Na-eun dan Lee Yeon-woo, Pearly-Thinaah berharap dapat mara ke peringkat separuh akhir.

Ad

Yi Fan-Shu Xian menjadi pemisah antara mereka dan slot separuh akhir. Kedua-dua beregu pernah bertemu dalam saingan India Open 2025.

Walau bagaimanapun, Yi Fan-Shu Xian menarik diri daripada perlawanan itu sekaligus membolehkan Pearly-Thinaah mara ke pusingan separuh akhir kejohanan itu.

Ad

Set pertama menyaksikan beregu ke-42 dunia itu menunjukkan permainan mantap untuk mendahului pada kedudukan 13-8.

Ad

Pearly-Thinaah cuba merapatkan jurang mata pada kedudukan 18-15. Walau bagaimanapun, itu tidak cukup untuk menghalang Yi Fang-Shu Xian untuk meraih kemenangan 21-15.

Ad

Set kedua menyaksikan kedua-dua beregu bersaing sengit mendapatkan mata. Pada satu ketika, mereka terikat pada kedudukan 13-13.

Pada akhirnya, Yi Fan-Shu Xian tetap unggul sebelum meraih kemenangan 21-19.

Beregu China itu bakal menentang sama ada satu lagi wakil Malaysia, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing atau pilihan keenam dari Korea Selatan, Kim Hye-jeong-Kong Hee-yong di peringkat separuh akhir.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments