Ketua jurulatih pasukan bawah 17 tahun negara, Osmera Omaro mengakui bahawa Indonesia merupakan pasukan yang kuat namun percaya kerja keras skuad negara membuahkan hasil.
Sejurus tamat perlawanan semalam, pengendali berusia 43 tahun itu menegaskan bahawa kejayaan Malaysia ini hasil kerjasama banyak pihak sekaligus berjaya membantu pasukan muda negara mencipta sejarah.
Mengulas lanjut, bekas pelatih AMD ini mengakui bahawa setiap perancangan dan sentuhan yang dilakukan pada malam semalam sememangnya menjadi untuk menumbangkan Indonesia.
“Kita dah lama tunggu saat ini, setiap sentuhan kita menjadi dan kita juga tahu kemampuan pemain kita.”
Osmera juga sempat memberi pujian kepada barisan pemain Indonesia yang dilihat sangat bagus dan luar biasa.
“Mereka pasukan bagus namun hari ini mungkin nasib tidak menyebelahi mereka namun saya harus memberi pujian kepada pemain saya,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, Indonesia berkemungkinan terperangkap dengan perancangan pasukan negara sekaligus menutup peluang mereka untuk mendapatkan 3 mata pada pertembungan penting ini.
“Mereka juga pasukan yang kuat, jadi kita sudah lama perhatikan keranankita hormat mereka.”
Malaysia mengakhiri saingan Kumpulan B selaku juara kumpulan apabila memungut 10 mata hasil 3 kemenangan dan 1 seri untuk melengkapkan senarai 16 pasukan ke Piala Asia B-17.