Advertisement
P. Maniam Akui Padang Berlecak Tak Bagus Untuk Bola Sepak
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Ketua jurulatih PDRM, P. Maniam mengakui situasi padang berlecak tidak bagus untuk aksi bola sepak.

Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan lebat itu menyaksikan PDRM tewas tipis kepada Kedah Darul Aman hasil jaringan awal Syafiq Ahmad di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Situasi hujan lebat menyebabkan padang mula bertakung dan pemain-pemain PDRM serta Kedah kelihatan bergelut untuk menggelecek bola dan melakukan hantaran.

Jurulatih berusia 56 tahun itu berpendapat padang lecak telah merencatkan corak permainan pasukan PDRM dan para pemain terpaksa melakukan hantaran tinggi dalam keadaan tersebut.

“Selepas Kedah menjaringkan gol, kita bermain dengan begitu bagus dan kita boleh lihat pemain-pemain bersungguh-sungguh untuk bermain.”

“Separuh masa kedua kita tak boleh lihat apa-apa kerana hujan. Padang tak nampak berapa bagus bahkan kita tak boleh nak tendang bola.”

“Kita tak boleh bermain position game dan kita kena hantar bola saja. Tak berapa baguslah untuk bola sepak. Keseluruhannya walaupun PDRM kalah tetapi saya bangga dengan para pemain kerana menunjukkan karakter yang bersungguh-sungguh.”

“Sudah tentu saya risau apabila kita kalah 1-0 dan kita kena bangkit tetapi ini tidak mudah. Apabila anda menang, momentum akan ada tetapi hari ini PDRM kalah jadi kita kena bersedia untuk perlawanan seterusnya.” ujar P. Maniam.

PDRM akan berkunjung ke Stadium Perak untuk berdepan cabaran The Bos Gaurus dalam aksi kedua Liga Super 2024/2025.