P. Maniam Optimis Dengan Kemampuan PDRM Kejar Objektif Liga Super
Liga Super
PDRM FC
Advertisements

Jurulatih PDRM FC, P. Maniam yakin dengan kemampuan pasukan itu untuk mencabar kedudukan lebih baik dalam liga sepanjang musim 2024/25.

Keyakinan itu dilaungkan selepas melihat anak buahnya mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Perak FC di Stadium Perak pada Sabtu lepas.

Bekas penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun meledakkan dua gol untuk The Cops. Sementara satu lagi gol disumbang penyerang Jepun-Brazil, Bruno Suzuki.

Advertisements

Manakala dua gol Perak pula dijaringkan oleh Tommy Mawat Bada dan bekas pemain kebangsaan, Wan Zack Haikal.

Maniam menyifatkan perlawanan menentang Perak sebagai sukar. Ini kerana tuan rumah menerima sokongan padu penyokong sepanjang perlawanan.

Advertisements

Namun begitu, keazaman yang ditunjukkan para pemain dan galakan daripada barisan pengurusan PDRM memastikan mereka pulang ke Lembah Klang dengan tiga mata.

“Sebagai jurulatih, kita kena bagi kredit kepada pengurusan dan pemain PDRM. Sebab pengurusan PDRM turun ke sini (Ipoh) untuk beri semangat kepada para pemain.

Advertisements

“Lepas itu, kita boleh nampak para pemain menunjukkan keazaman untuk bermain. Ini satu kemenangan yang bagus. Bermain di tempat lawan bukan senang, menentang Perak yang mendapat sokongan penyokong bukan mudah.

“Tapi kita berjaya capai objektif tapi sekarang kita kena fokus untuk perlawanan Penang pula dalam satu minggu. Jadi, kita kena rancang untuk minggu depan,” katanya kepada Astro Arena selepas tamat perlawanan.

Advertisements

PDRM kini menduduki tangga kelima liga dengan tiga mata selepas mengharungi dua perlawanan. Selepas ini, mereka akan turun menentang Penang FC pada 25 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram