Ads
Padang SNBJ Dalam Keadaan Terbaik Menjelang Aksi Chinese Taipei
Harimau Malaya
Wan/MakanBola

Situasi keseluruhan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) difahamkan berada dalam keadaan memuaskan menjelang pertemuan menentang Chinese Taipei pada awal bulan hadapan.

Advertisements

SNBJ bakal menjadi gelanggang bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 di antara Malaysia dan Chinese Taipei yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun nanti.

Advertisements

Walau bagaimanapun, keadaan padang di stadium tersebut lebih menjadi kerisauan para peminat bola sepak tempatan memandangkan pemain kebangsaan, Azam Azmi Murad pernah mengalami kecederaan serius ketika beraksi di sana Mac lalu.

Advertisements
Advertisements

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman dalam satu temu bual pada Rabu memaklumkan bahawa keadaan padang di SNBJ dalam keadaan baik dan pihak stadium turut bersedia menerima kedatangan para penyokong.

”Setakat ini padang di Stadium Nasional Bukit Jalil nampak memuaskan, kita amat berpuas hati. Saya rasa stadium pun cukup bersedia dan kita pun telah bermesyuarat (bersama) Jawatankuasa Keselamatan bagi memastikan keselamatan terjaga,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM.

Advertisements

Tambah beliau lagi, sokongan padu penyokong setia Harimau Malaya amat ditagih skuad negara di SNBJ nanti memandangkan perlawanan itu bakal menjadi aksi terakhir di peringkat kumpulan.

”Memang kita mengharapkan penyokong datang (ke SNBJ) sebab kita mengharapkan skuad negara menang di Kyrgyzstan dan (menang) di aksi terakhir menentang Chinese Taipei. Itu harapan kita,” ujar beliau lagi.

“Perlawanan menentang Chinese Taipei, saya harapkan penyokong boleh full swing (mungkin seramai) 80,000 atau 90,000. Memang kita harapkan sokongan (peminat) kepada pasukan kebangsaan.”

Sebelum turun menentang Chinese Taipei, skuad negara bimbingan Kim Pan-gon akan terbang ke Bishkek terlebih dahulu untuk menghadapi cabaran getir Kyrgyzstan pada 6 Jun hadapan bagi aksi kelima kumpulan.

Advertisements

Selepas itu, pasukan kebangsaan akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menutup aksi di peringkat kumpulan berdepan Chinese Taipei lima hari kemudian di gelanggang keramat Harimau Malaya, SNBJ.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram