Ads
Padang SSMZA Bersedia Bagi Aksi Terengganu vs Svay Rieng
Asia Tenggara
Majlis Sukan Negeri Terengganu

Exco Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim memberi jaminan padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) sudah bersedia untuk aksi Shopee Cup.

Advertisements

Ini selepas beliau melakukan tinjauan sekitar SSMZA bersama pengurusan Terengganu FC (TFC) pada 20 Ogos lalu.

Advertisements

Turut sama melakukan tinjauan di stadium berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TFC, Mohd Sabri Abas dan Pengarah Sukan TFC, Zulfadli Rozi.

Advertisements
Advertisements

Terengganu bakal membuka kempen Kumpulan A Shopee Cup apabila berdepan juara Cambodian Premier League, Preah Khan Reach Svay Rieng pada 21 Ogos.

“Selepas mesyuarat tengah hari kelmarin, pihak Terengganu FC mengajak saya membuat tinjauan ke stadium bagi melihat persiapan ACC Shopee Cup yang bakal membuka tirai esok.

Advertisements

“Terengganu FC akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan pertama menentang pasukan dari Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng FC,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Hishamuddin yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah TFC berharap skuad Peteh dapat mengekalkan rekod baik di SSMZA di peringkat Asia seperti mana yang disaksikan pada musim 2023.

Tahun 2023 menyaksikan Terengganu kekal tanpa kalah di SSMZA sepanjang peringkat kumpulan Piala AFC. Ini termasuk kemenangan mengejut ke juara A-League, Central Coast Mariners pada September 2023.

“Diharap rekod baik di SSMZA dapat dipertahankan untuk terus menjadi kubu kuat kita. Pihak pasukan juga diharap dapat mempersembahkan kualiti permainan yang lebih berkualiti dan mantap, Insya Allah,” ujarnya.

Advertisements

Aksi Terengganu dan Svay Rieng juga bakal menampilkan bekas tonggak import pasukan Pantai Timur itu, Thierry Bin. Bin pernah mewarnai saingan liga bersama Terengganu pada tahun 2018 dan 2019.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram