Advertisements
Pahang Gantung Sumareh Dua Tahun Tanpa Henti
Asia Tenggara
MakanBola

Pemain naturalisasi Malaysia, Mohamadou Sumareh dikenakan hukuman dengan digantung selama dua tahun oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan.

Kenyataan oleh pihak PBNP

PBNP telah mengumumkan mengenai hukuman tersebut di laman media sosial seperti Youtube dan juga Facebook melalui wakil mereka, Encik Rizal Bin Chek Hashim. Pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap Sumareh merangkumi :

Pertuduhan Pertama : Melanggar Artikel 4.11 Kontrak Pemain dan artikel 10.05 iaitu membuta kenyataan akhbar tanpa kebenaran PBNP.

Pertuduhan Kedua : Melanggar artikel 6.6 dimana pemain merujuk terus kepada FIFA tanpa terlebih dahulu kepada FAM.

Pertudhan Ketiga : Melanggar artikel 5.1 dimana gagal menghadiri latihan ketika masih menjadi pemain Pahang FA bermula 3 Ogos sehingga 28 Ogos.

Pertuduhan Keempat : Juga melanggar artikel 5.1 dimana beliau gagal menghadirkan diri ketika perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim pada 28 Ogos di Stadium Darul Makmur.

Menurut Encik Rizal Bin Chek Hashim, keputusan PBNP ini akan dimaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipanjangkan kepada pihak berkaitan.

Terdahulu, Sumareh menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia selepas dikatakan gagal menghadiri latihan selama sebulan sebelum menamatkan kontrak bersama pasukan Pahang kerana masalah pembayaran gaji oleh PBNP.

Ketika ini Sumareh bermain di Liga Thai bersama pasukan Police Tero FC yang juga diwakili oleh pertahanan muda negara, Dominic Tan namun masih Sumareh masih belum membuat ‘debut’ selepas dikatakan belum cergas oleh ketua jurulatih, Rangsan.

Related Articles