Ads
Palestin Hormati Status ‘Besar’ Jordan
Asia
FA Malaysia

Penjaga gol Palestin, Rami Hamada menghormati status Jordan sebagai antara pasukan terbaik di Asia menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan kedua-dua pasukan pada Selasa.

Advertisements

Menurut Hamada, momentum cemerlang setelah berjaya mengikat jaguh Asia, Korea Selatan minggu lalu mahu diteruskan Lions of Canaan bagi aksi berdepan Jordan nanti.

Advertisements

”Kami berjaya mencuri 1 mata menentang Korea Selatan dan berharap mampu untuk meraih tiga mata pada aksi kali ini (menentang Jordan),” katanya ketika sidang media pada Isnin.

Advertisements
Advertisements

Tambah Hamada lagi, mereka amat menghormati Jordan selaku naib juara Piala Asia lalu dan menjanjikan permainan yang terbaik untuk menyaingi lawan di ranking ke-68 dunia itu.

”Bermain menentang Jordan yang merupakan pasukan yang hebat dan bagi kami, mereka adalah pasukan ketiga terbaik di Asia,” ujar Hamada sambil ditemani jurulatih, Makram Dabboub.

Advertisements

”Kami amat menghormati mereka (Jordan), dan aksi sengit bakal disajikan di atas padang pada perlawanan esok serta kami akan berikan segala yang terbaik yang kami ada.”

Palestin akan bertemu Jordan dalam aksi kedua peringkat kumpulan B Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Bola Sepak Cheras pada 10 September jam 10 malam.

Advertisements

Jualan tiket bagi perlawanan Palestin-Jordan sudah mula dibuka untuk orang awam dengan harga serendah RM8 bagi kanak-kanak manakala RM40 bagi orang dewasa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram