Advertisement
Papu Gomez Tunggu Tawaran Terbaik
Transfer
MakanBola
Football Talk

Pemain kebangsaan Argentina, Papu Gomez yang kini berstatus ejen bebas mahu menunggu tawaran terbaik sebelum membuat keputusan menyertai mana-mana pasukan.

“Saya sedang menunggu peluang yang terbaik. Jika peluang itu tidak sampai, saya mungkin akan bersara. Saya berikan semuanya untuk bola sepak dan saya tidak mahu mengakhirinya dengan kepahitan.” ujar Papu Gomez.

Pemain berusia 35 tahun itu dilepaskan kelab Sevilla pada 1 September yang lalu dan sehingga kini masih belum menyertai mana-mana kelab.

Papu Gomez sebelum ini menjulang Piala Dunia 2022 bersama pasukan Argentina dan turut memenangi Piala Europa 2022/2023 bersama Sevilla.

Pemain versatil ini boleh bermain diposisi tengah dan juga bahagian serangan pasukan. Papu Gomez pernah bermain selaku pemain tengah, pemain tengah menyerang dan turut mampu bermain sebagai pemain sayap serta posisi penyerang.

Bersama Argentina, Papu Gomez telah melakukan 17 penampilan dan menyumbang 3 gol serta 4 bantuan jaringan.

Nama Papu Gomez sebelum ini menghiasi arena bola sepak Malaysia apabila TMJ pernah memberi bayangan ingin membawa pemain tersebut ke JDT.