Para Badminton World Championship: Cheah Liek Hou Muncul Juara Dunia Kali Ke-8, Benam Dheva Anrimusthi
UltraSukan
cheahliekhou4956
Advertisements

Atlet paralimpik badminton negara, Cheah Liek Hou terus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa selepas menjulang kejuaraan Para Badminton World Championship 2024.

Kejohanan yang berlangsung di Pattaya, Thailand itu menyaksikan jaguh negara berdepan cabaran atlet negara jiran, Indonesia iaitu Deva Anrimusthi di final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal).

Di set pertama, Liek Hou bermula baik meskipun ditentang hebat lawannya itu untuk mendahului lawan 11-9. Namun aksi kemas ditampilkan wakil negara itu untuk menutup set pertama dengan keputusan 21-15.

Advertisements

Set seterusnya menyaksikan permainan lebih teratur dipamerkan Dheva Anrimusthi untuk meninggalkan Liek Hou 11-7 dan seterusnya dimenangi wakil Indonesia itu dengan keputusan 21-16 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Di set penentuan, Liek Hou yang juga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 kembali bangkit mempamerkan taring sebenar untuk mengesahkan kejuaraan dengan keputusan 21-15.

Advertisements

Keputusan akhir final perseorangan lelaki SU5, wakil Malaysia, Cheah Liek Hou berjaya menumpaskan Dheva Anrimusthi dari Indonesia dengan keputusan 21-15, 16-21, 21-15.

Kejayaan ini merupakan gelaran dunia kelapan yang berjaya dirangkul oleh pemain berusia 35 tahun ini setelah memenanginya pada tahun 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017, 2022 dan terkini 2024.

Advertisements

Lebih manis kemenangan kali ini dapat membalas kekalahan yang dialami Liek Hou kepada lawan yang sama ketika final Sukan Para Asia 2022 yang lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram