Park Hang-seo Dilaporkan Bakal Tinggalkan Vietnam Dalam Masa Terdekat
Dunia
The Thao
Advertisements

Pengendali pasukan bola sepak Vietnam, Park Hang-seo kini sedang meniti hari-hari terakhir dalam kontrak yang dijangka akan berakhir Januari 2023.

Walaupun Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) sudah cuba menawarkan kontrak baharu kepada pengendali dari Korea Selatan ini, namun kedua-dua pihak gagal memetrai tawaran lanjutan kontrak.

Skrip berbeza di Korea Selatan apabila satu akaun twitter yang dikenali sebagai Korea Football News telah mengesahkan bahawa Park Hang-seo bakal meninggalkan Vietnam selepas kontrak beliau berakhir Januari 2023.

Advertisements

Park Hang-seo sebelum ini menegaskan kenaikan gaji ataupun wang bukan menjadi isu utama dalam proses memperbaharui kontrak bersama Vietnam. Ini kerana gaji yang dibayar kepada Park adalah melalui individu dan perniagaan-perniagaan lain.

Park telah menjadi jurulatih Vietnam sejak 2017 lagi. Pelbagai kejayaan yang telah diraih seperti Piala AFF 2018, dan dua pingat emas Sukan Sea iaitu pada edisi 2019 dan 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram