‘Pasukan’ Baharu Baddrol Bakhtiar Terjawab
Komuniti
KDA FC
Advertisements

Bekas pemain tengah kebangsaan, Baddrol Bakhtiar secara rasmi diumumkan sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) di Kedah.

Beliau menjadi calon Perikatan Nasional dan akan dipertaruhkan untuk bertanding di Dun Gurun. Majlis pengumuman Baddrol sebagai calon Perikatan Nasional itu dibuat di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar, malam semalam.

Baddrol dijangka akan menentang wakil dari Pakatan Harapan, Firdaus Johari untuk merebut kerusi N22, Gurun. Pengaruh pemain berusia 35 tahun ini ditagih Perikatan Nasional dalam usaha untuk mempertahankan tampuk kepimpinan kerajaan negeri Kedah.

Advertisements

Untuk rekod, karier Baddrol bersama pasukan Kedah bermula dari tahun 2006 hingga tahun 2021 sebelum beliau membuat keputusan untuk menyertai pasukan Sabah pada 2022, dan mengumumkan meninggalkan kelab The Rhinos itu pada awal 14 Julai lalu.

Sepanjang bergelar pemain bola sepak professional, Baddrol telah merangkul gelaran pemain tengah terbaik tiga kali iaitu pada tahun 2010, 2017 dan 2021. Pemain yang digelar Captain Marvel ini juga menjadi pemain paling bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan pada tahun 2017.

Beliau juga menjadi sebahagian daripada tonggak skuad ‘Double Treble’ yang meraih tiga trofi bersama Kedah dalam satu musim iaitu pada tahun 2007 dan tahun 2008. Bersama skuad kebangsaan, Baddrol pernah menjulang Malaysia di pentas Sukan SEA dengan meraih pingat emas pada 2009 dan 2011.

Advertisements

Profil Baddrol sebagai pemain bola sepak professional semestinya akan dipertaruhkan untuk meraih undi rakyat Kedah. Sementara itu, Perikatan Nasional turut mengumumkan bekas kapten Kedah era 90-an Radhi Mat Din sebagai calon yang bakal bertanding di Dun Alor Mengkudu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram