Pasukan Ke-117 Dunia Ikat Algeria
Eropah
MakanBola
algeriafootbal
Advertisements

Algeria tidak boleh melupakan perlawanan malam tadi apabila Angola yang kini berada di ranking ke-117 bangkit dari ketinggalan untuk menyamakan kedudukan dengan keputusan seri 1-1 dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Dalam aksi di Stadium Of Peace, Bouake malam tadi, anak buah Djamel Belmadi memulakan permainan dengan baik sekaligus memecah kebuntuan pada minit ke-18 selepas sepakan deras Baghdad Bounedjah berjaya membolosi penjaga gol Angola, Neblu.

Advertisements

Algeria yang mendominasi perlawanan dalam separuh masa pertama dengan 16 percubaan dan 66% kedudukan dalam padang, tetapi gagal menambah gol menundukkan Angola yang berjaya bertahan.

Aksi babak kedua disambung dengan aksi lebih agresif daripada kedua-dua pasukan, namun masih gagal untuk menambah dan mencetak sebarang jaringan gol walaupun beberapa percubaan tepat ke arah pintu gol cuba dilakukan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, tersentak dengan jaringan gol Algeria pada separuh masa pertama, pasukan Angola terus bangkit membuat percubaan demi percubaan dan akhirnya ia diterjemahkan oleh Mabululu pada separuh masa kedua minit ke-68.

Pasukan di ranking ke-30 itu terpaksa menerima keputusan pengadil apabila bekas pemain Tottenham, Nabil Bentaleb melakukan pelanggaran di kotak penalti mereka, sekaligus membenarkan Mabululu menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti.

Advertisements

Algeria akan beraksi seterusnya menentang Burkina Faso pada 20 Januari, manakala Angola berhadapan dengan Mauritania pada hari sama.

News Comments Account