Kemaraan Argentina ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA bakal ditentang oleh pasukan di ranking ke-24 dunia nanti.
Argentina mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA selepas menyingkirkan tentangan sengit Cape Verde 3-2 dengan kesemua gol disumbang oleh Lionel Messi, Lisandro Martinez dan jaringan sendiri pemain lawan.
Walaupun memperoleh kemenangan, juara bertahan tersebut tidak berdepan laluan mudah apabila dipaksa bekerja keras sepanjang 120 minit permainan sebelum berjaya menewaskan cabaran Cape Verde dan mara ke pusingan 16 terbaik.
Menanti La Albiceleste di pusingan seterusnya adalah pasukan di ranking ke-24 dunia, Mesir yang turut melangkah mara setelah mengatasi wakil AFC, Australia menerusi penentuan tendangan penalti yang berkesudahan 4-2.
Kedua-dua pasukan tersebut terikat seri 1-1 setelah berakhirnya 120 minit permainan dan aksi penentuan sepakan penalti menyaksikan Mesir meraih kemenangan bersejarah dan meloloskan diri ke peringkat yang seterusnya buat kali pertama.
Aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA antara Argentina vs Mesir bakal berlangsung pada 8 Julai dengan sepak mula dijadualkan bermula tepat jam 12 tengah malam.