Pau Marti Calon ‘Panas’ Jurulatih Bawah 23 Tahun Negara?
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pembantu jurulatih pasukan senior negara, Pau Marti Vicente antara yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ketua jurulatih pasukan bawah 23 tahun negara, Brad Maloney.

Sebelum ini, Brad dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) difahamkan telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan khidmat jurulatih kelahiran Australia tersebut.

Oleh itu, persoalan mengenai individu yang bakal mengisi kekosongan tersebut masih menjadi tanda tanya tatkala persembahan kurang memuaskan pasukan muda negara ketika ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau tidak menolak kemungkinan barisan kejurulatihan skuad senior akan menggalas tugas bersama pasukan muda negara.

Malah, beliau merasakan terdapat dua individu yang mungkin bakal memainkan peranan bersama pasukan bawah 23 tahun negara iaitu E. Elavarasan dan juga Pau Marti.

Katanya, jika seseorang jurulatih itu sudah pun dikeluarkan, maka FAM sebenarnya sudah mempunyai pelan untuk membawa masuk jurulatih baharu.

Advertisements

”Saya tak menolak kemungkinan bahawa E. Elavarasan dan juga Pau Marti bakal mengisi jawatan tersebut.”

Hal ini juga dilihat sebagai salah satu usaha untuk mengekalkan DNA pasukan senior dan juga junior di samping memastikan wujudnya kesinambungan antara kdua-dua pasukan ini.

Sambil itu, menurut seorang lagi wartawan Astro Arena iaitu Fina Nasrom, usaha ini diambil kira bagi mengawal perbelanjaan FAM bagi memastikan barisan kejurulatihan sedia ada mengawal penuh dari pasukan senior hingga ke bawah.

Advertisements

Walau bagaimanapun, keputusan rasmi masih lagi belum dibuat oleh pihak FAM dan dijangka bakal diumumkan selepas selesainya Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pada 21 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram