Advertisement
Paulo Josue Dah Tak Sabar Terima Kad Pengenalan Selaku Rakyat Malaysia
Liga Super
MakanBola
KL City FC

Kapten pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue tidak sabar lagi untuk bergelar warganegara Malaysia.

Beliau yang ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Karl Nunis ketika sesi latihan berkata, pihaknnya dan juga kelab sedang berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan hasrat ini.

Pemain kelahiran Brazil ini memberitahu bahawa segala proses sudah diatur seperti perancangan sungguhpun hari ini merupakan hari terakhir bagi jendela perpindahan musim 2023.

“Apa yang saya dengar mereka sudah pun mengusahakan perkara ini. Saya berharap agar ia dapat diselesaikan hari ini.”

“Jika tidak saya akan kekal beraksi sebagai pemain import. Akan tetapi, saya akan tunggu perkara tersebut dan saya berharap dapat menerima panggilan untuk ke Putrajaya bagi mengambil kad pengenalan saya,” ujarnya.

Bintang berusia 33 tahun itu merupakan antara pemain yang sudah memiliki pengalaman dalam kancah bola sepak tempatan sejak tiba di KL City pada tahun 2016.

Impak beliau menyaksikan The City Boys berjaya mara ke pentas akhir Piala AFC musim lalu sebelum tewas kepada kelab dari Oman, Al Seeb pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).