Ketua pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City). Paulo Josue mahu mencuri mata bertemu jaguh Singapura, Lion City Sailors dalam saingan Shopee Cup yang dijadualkan pada 9 Januari.
Dalam masa yang sama, Josue sedar kekuatan yang dimiliki kelab gergasi Singapura itu namun beliau percaya apa-apa boleh berlaku dalam perlawanan itu nanti.
“Kini tiba masanya untuk bermain di tempat lawan. Ia adalah persekitaran yang berbeza, padang yang berbeza, dan lawan yang kuat menjadikannya sangat sukar untuk kami, tetapi kami berharap untuk mengumpul beberapa mata di sini dan mencerahkan peluang untuk layak ke separuh akhir.
“Apabila kami datang ke sini, ia sentiasa hanya satu perlawanan, apa sahaja boleh berlaku. Kita boleh mengalahkan mereka di sini, atau mereka boleh mengalahkan kita di sana.
“Kami berdepan pasukan-pasukan yang sukar dalam kumpulan, dan itu bagus. Ia bagus untuk menjadi sebahagian daripada ini dan terlibat dalam kejohanan ini,” jelas Josue seperti dilaporkan Lion City Sailors.
KL City kini menduduki tangga kedua Kumpulan B Shopee Cup dengan mengumpul 6 mata selepas memenangi dua perlawanan awal manakala Lion City Sailors berada di tangga tercorot tanpa memungut sebarang mata.