Advertisement
Paulo Josue Nafi Ingin Tinggalkan KL City
Liga Super
MakanBola
KL City FC

Kapten KL City FC, Paulo Josue menafikan ada keinginan untuk meninggalkan kelab yang berpangkalan di Lembah Klang itu.

Ini susulan satu khabar angin yang mengaitkan pemain tengah Harimau Malaya itu dengan perpindahan ke sebuah kelab besar dalam tetingkap perpindahan kedua.

Khabar angin ini timbul disebabkan beliau sudah lama beraksi bersama KL City FC sejak musim 2017 dan meraih pelbagai kejayaan termasuk Piala Malaysia pada 2021.

Tetapi bagi Josue, beliau hanya melihat dirinya beraksi bersama City Boys untuk baki saingan Liga Super musim ini.

“Paulo (Josue) hanya sampai mati Kuala Lumpur,” katanya sambil ketawa kepada MakanBola selepas tamat perlawanan Liga Super KL City FC-Negeri Sembilan FC hari ini.

Selepas diikat 1-1 oleh skuad Rusa, fokus Josue dan KL City FC selepas ini ialah aksi final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) FC pada 22 Julai ini.