Advertisement
Paulo Josue: Perasaan Jaringkan Gol Sebagai Pemain Malaysia Amat Berbeza
Liga Super
MakanBola
MFL

Kapten KL City, Paulo Josue membuka akaun jaringan Liga Supernya untuk musim 2023 dengan menyumbat dua gol dalam perlawanan menentang Penang semalam. Bagi pemain naturalisasi terbaru Malaysia itu, perasaan menjaringkan gol semalam berbeza daripada sebelumnya.

Ini kerana bagi pemain berdarah Brazil, dua golnya itu dirasakan amat istimewa memandangkan dia menerima status naturalisasinya pada Jumaat lepas.

“Hari ini, saya merupakan warganegara Malaysia. Saya merasa sangat gembira kerana dapat menyumbang sesuatu yang istimewa kepada pasukan.

“Saya fikir pasukan kini lebih kuat walaupun tanpa beberapa pemain tonggak. Saya amat gembira menjaringkan gol sebagai warga Malaysia dan saya harap dapat meneruskannya dalam liga,” kata Josue bila ditemubual Karl Nunis dari Astro Arena.

Walaupun menjaringkan dua gol, City Boys terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas Penang berjaya menjaringkan dua gol lewat untuk keputusan seri 2-2.

Selepas ini, KL City bakal berdepan Johor Darul Ta’zim di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 1 Mac ini.