Paulo Josue Tinggalkan KL City? Ini Jawapan Stanley Bernard
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard memaklumkan bahawa kapten pasukan, Paulo Josue akan terus kekal bersama pasukan itu.

Perkara ini dinyatakan dalam sidang media khas KL City FC yang berlangsung hari ini. Selain Stanley, sidang media itu turut dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Khalid Samad.

Stanley mengakui pada musim lepas, beberapa pemain The City Boys dijual bagi membantu memperkukuh kantung kewangan pasukan itu.

Advertisements

Meskipun mengakui perkara sama bakal dilakukan untuk musim 2024-2025, beliau menegaskan nama Josue tidak termasuk dalam senarai pemain yang dijual.

Bahkan, Stanley percaya Josue akan kekal bersama KL City disebabkan rasa cinta yang mendalam terhadap pasukan itu.

“(Nama) saya tak boleh beritahu tetapi kita ada jual seorang (atau) dua orang pemain dalam musim lepas. (Nilainya) tak besar tapi ini permulaan untuk kita jual pemain yang berpotensi pergi ke kelab besar dan kita pun berbangga.

Advertisements

“(Kita) akan ada penjualan pemain. Tetapi Paulo Josue ialah pemain yang telah bersama kita selama lapan tahun, dari zaman KLFA ke KL City (FC).

“Dan saya rasa seperti yang anda dengar, dia nak bersara. Sudah tentu dengan keadaan yang dia dengar ketika itu, berbeza dengan sekaranglah di mana dia mendapat maklumat yang lebih tepat.

“Saya rasa dia takkan berganjak ke mana-mana sebab hati dia di sini. Anda semua pun pernah dengar kan,” katanya panjang lebar.

Advertisements

Sepanjang lapan tahun bersama KL City, Josue telah merekodkan 96 penampilan, 32 gol dan 25 bantuan gol mengikut data Transfermarkt.

Tempoh sama turut menyaksikan beliau menjulang Liga Perdana (2017) dan Piala Malaysia (2021). Josue turut membantu KL City mara ke dua lagi aksi final iaitu Piala AFC (2022) dan Piala FA (2023).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram