Pasukan Liga MFL, PDRM FC melunaskan dendam semalam apabila berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas skuad Kedah B.
Pertembungan yang berlangsung di Stadium Alor Setar, Kedah itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik.
Kedah dilihat bergelut untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tidak mendapat rentak yang diharapkan.
Keadaan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak buah Anuar Udin apabila membuka tirai jaringan menerusi penyerang import berbisa, Jacque Faye pada minit ke-8.
Gol tersebut seakan menjadi tonik apabila The Kops sekali lagi meledak hasil percubaan perancang tengah, Mohamad Aiman Sufi.
Bersambung babak kedua, Sang Kenari terus buntu untuk mencari ruang yang diharapkan untuk memecah blok pertahanan pasukan pelawat yang cukup berdisiplin.
Dua jaringan awal ini ternyata cukup untuk memastikan PDRM pulang dengan 3 mata selepas kedudukan kekal sehingga wisel penamat.
Kemenangan ini menyaksikan PDRM melonjak ke tangga ke-2 sementara Kedah turun ke tangga ke-3.