Ads
PDRM Mahu Tampil Corak Berbeza Hadapi Sabah
Liga Super
PDRM FC

Pengendali PDRM FC, P. Maniam mahu menampilkan corak permainan berbeza bila menentang Sabah FC dalam aksi terbaru liga.

Advertisements

Perubahan ini dibuat lebih-lebih lagi selepas The Cops menjadi mangsa belasahan Sri Pahang FC di Temerloh pada 15 September lalu.

Advertisements

Sri Pahang menyumbat lima gol menerusi Stefano Brundo, Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo. Gol tunggal PDRM dalam aksi berkenaan disumbang oleh Bruno Suzuki.

Advertisements
Advertisements

Maniam sedar dengan kualiti pemain dan permainan taktikal yang dipamerkan Sang Badak, pasukan itu mampu menjadikan PDRM sebagai sasaran untuk meraih kemenangan.

Atas sebab itu, beliau mahu merencana corak permainan berbeza bagi membolehkan The Cops dapat mencuri mata daripada pasukan dari Negeri Di Bawah Bayu itu.

Advertisements

“Kalau kita tengok Datuk Ong (Kim Swee), awal-awal mereka menggunakan 3-4-3. Kemudian mereka tukar pula kepada 4-3-3. Jadi, saya fikir itu sistem yang mereka gunakan sekarang.

“Tapi esok, kita mungkin akan tukar lagi sebab kita nak kelirukan lawan. Apa-apa, pemain kena beradaptasi dan kita sebagai jurulatih, nak bagi maklum balas kepada pemain (termasuk) sistem mereka bermain.

“Ini bukan (tentang) sistem tetapi ini cara mereka bergerak. Tapi saya rasa pemain-pemain PDRM akan lebih fokus bila menghadapi Sabah,” katanya kepada Nadi Bola.

PDRM bakal berdepan Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 20 September. The Cops berharap dapat mengulangi kejayaan mengejutkan Sang Badak yang dilakar pada 8 Jun 2023.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram