Advertising
Pearly Tan-M. Thinaah Kini Beregu Wanita Kelima Dunia
UltraSukan
MSN Malaysia
Sponsors

Pearly Tan dan M. Thinaah kembali bergelar beregu wanita kelima dunia.

Ini berdasarkan kemas kini ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Sebelum ini, Pearly-Thinaah menghuni kedudukan ketujuh dunia.

Ad

Walau bagaimanapun, semua itu berubah apabila juara Hong Kong Open 2024 itu berjaya mara sehingga ke final Indonesia Masters 2025.

Ad

Usaha Pearly-Thinaah mendapatkan kejuaraan pertama tahun 2025 tidak berhasil apabila disekat beregu Korea Selatan, Kim Hye-jeong-Kong Hee-yong di peringkat akhir.

Beregu negara memberi tentangan sengit kepada lawan mereka sebelum tunduk dengan keputusan 21-12, 17-21, 21-18.

Ad

Kekalahan ini turut dijadikan peringatan buat Thinaah agar mereka perlu menjadi lebih konsisten selepas ini. Ini kerana itu kunci untuk terus mencabar kejuaraan di peringkat antarabangsa.

Ad

“Ini bukan keputusan yang kita mahukan tetapi kita gembira kerana dapat mempamerkan permainan kita hari ini,” katanya selepas perlawanan.

Ad

“Terdapat banyak pengalaman baik baik dan buruk tetapi fokus kita sekarang ialah jadi lebih konsisten dan terus berusaha jadi lebih baik.”

Nama Pearly-Thinaah tidak tersenarai dalam saingan Badminton Asia Mixed Team Championships 2025 (BAMTC).

Justeru, kelibat mereka dijangka disaksikan dalam aksi All England Open 2025 yang berlangsung pada Mac ini.