Pearly Tan-Thinaah Kumpul RM146 Ribu Dalam Tempoh 3 Minggu
UltraSukan
MSN Malaysia
Sponsors

Pasangan beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya mengumpul wang kemenangan mencecah RM145 ribu dalam 3 kejohanan awal pada 2025.

Pearly-Thinaah membuka musim 2025 dengan turun beraksi di hadapan penyokong sendiri dalam saingan Malaysia Open di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 7 Januari yang lalu.

Ad
Sponsors

Walau bagaimanapun, langkah Pearly dan Thinaah disekat di pusingan pertama apabila tumbang kepada beregu Indonesia sekaligus membawa pulang USD 1,450 bersamaan RM6,459.

Ad

Aksi seterusnya Pearly-Thinaah adalah di India Open dengan beregu negara ini mula mendapatkan rentak serta keyakinan sebenar untuk melayakkan diri sehingga ke separuh akhir.

Impian Pearly-Thinaah untuk melangkah ke final India Open tidak menjadi kenyataan apabila tewas kepada Hye Jeong-Hee Yong dan berjaya meraih USD 13,300 sekitar RM59,250.

Ad

Ternyata momentum itu dibawa oleh Pearly-Thinaah ke aksi Indonesia Masters apabila beregu ke-5 dunia ini mengorak langkah untuk mara ke final buat kali pertama pada 2025 ini.

Ad

Sungguhpun begitu, hasrat untuk meraih juara dinafikan oleh Hye Jeong-Hee Yong setelah Pearly-Thinaah tumpas namun setidaknya USD 18,050 (RM80,412) sudah di dalam tangan.

Ad

Secara keseluruhan, dalam tiga kejohanan awal bagi musim 2025 ini, Pearly-Thinaah sudah memperoleh hadiah wang kemenangan sebanyak USD32,800 iaitu sekitar RM146,149.

Aksi seterusnya buat Pearly Tan-Thinaah adalah di kejohanan di Eropah sekitar penghujung Februari hadapan apabila nama mereka tidak disenaraikan untuk Badminton Asia Mixed Team Championship (BAMTC).

Pasangan Teoh Mei Xee-Go Pei Kee dan Tan Zhing Yi-Cheng Su Hui tampaknya menjadi pilihan kem Malaysia untuk acara beregu wanita nanti di Qingdao, China pada 11 Februari ini.