Pearly Tan-Thinaah Kumpul RM240 Ribu Kurang 28 Hari
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya meraih habuan sekitar RM240 ribu dalam masa kurang 28 hari.

Setelah berjaya melakar sejarah mara ke peringkat separuh akhir di Olimpik Paris lalu, Pearly-Thinaah turun dalam misi meneruskan rentak cemerlang dalam siri Jelajah Dunia BWF.

Ad
Advertisement

Pasca Olimpik, para pemain badminton dunia mengalihkan tumpuan ke kejohanan Japan Open termasuklah juga Pearly-Thinaah yang berjaya mara ke peringkat suku akhir.

Ad

Wakil ini negara ini tewas dalam aksi tiga set di tangan jaguh China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dan membawa USD5312.50 atau sekitar RM22,852.78 serta mata ranking pulang dari Jepun.

Advertisement

Jadual seterusnya menyaksikan Pearly-Thinaah terbang ke Seoul untuk menyertai Korea Open dan berjaya merangkul gelaran naib juara setelah tumpas di final kepada wakil tuan rumah.

Ad
Advertisement

Walaupun tewas kepada Jeong Na Eun-Kim Hye-Jeong di final, namun pasangan negara ini tetap berhasil meraih USD15960 (sekitar RM68,649.22) selaku naib juara Korea Open 2024.

Ad

Pantang mengalah, beregu di ranking kelapan dunia ini terus bersiap bagi menghadapi Hong Kong Open dan menewaskan setiap lawan untuk mara ke final buat kali ke-2 berturut-turut.

Pearly-Thinaah tampil penuh cemerlang di aksi final untuk menumbangkan pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning sekaligus mencapai kejuaraan S500 pertama buat pasangan negara ini.

Advertisement

Sebagai juara, Pearly-Thinaah telah berjaya meraih wang kemenangan bernilai USD33180 atau sekitar RM142,737.03 selain mata ranking maksimum iaitu 9200 mata.

Advertisement

Secara keseluruhan, habuan yang berjaya dikumpulkan oleh Pearly-Thinaah adalah berjumlah USD54452.80, anggaran sekitar RM234,254.72 hasil prestasi cemerlang dalam tiga kejohanan sebelum ini.