Penyokong Barcelona Lega, Pedri Akhirnya Dihantar Bercuti
Eropah
Instagram: @pedrigonzalez
Advertisements

Pemain berusia 18 tahun, Pedri Gonzalez akhirnya sah pergi bercuti selepas berada dalam kesebelasan utama pada setiap perlawanan ketika Euro 2020. Beliau juga tampil dalam 54 perlawanan bersama Barcelona selama musim 2020/21. 

Pemain tengah itu kerap diturunkan pada kesebelasan utama untuk sebelum menyertai kejohanan Euro 2020 dan Olimpik 2020. 

Pedri kini berada di antara sepuluh pemain Eropah yang mempunyai jumlah perlawanan tertinggi dalam kelima-lima liga utama Eropah. 

Advertisements

Baru-baru ini, beliau kembali berada dalam kesebelasan utama pada dua perlawanan Barcelona dalam saingan La Liga musim ini selepas kembali dari Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

Pada perlawanan kedua menentang Athletic Bilbao pagi semalam, beliau dikeluarkan pada minit ke-62 dan digantikan Sergi Roberto. Perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Dalam laman web rasmi Barcelona, jurulatih Barcelona Ronald Koeman menerangkan mengapa Pedri dikeluarkan pada perlawanan tersebut

Advertisements

“Kami telah mengambil keputusan ini kerana kami tidak mahu beliau mengalami masalah kecederaan dan akan mengganggu perancangan pada bulan yang akan datang. Beliau memerlukan rehat, sekurang-kurangnya dua minggu” 

Selepas perlawanan kedua tersebut, Pedri telah dihantar untuk bercuti. Pengendali Barcelona, Ronald Koeman mengesahkan bahawa pemain tengah Sepanyol itu tidak akan diturunkan dalam perlawanan bertemu Getafe akan datang.   

Pedri mengeluarkan satu gambar di laman Instagram miliknya menunjukkan beliau sedang dalam perjalanan untuk pergi bercuti. 

Advertisements

Keputusan yang dilakukan oleh Pedri buatkan penyokong Barcelona menarik nafas lega

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram