Peguam: Klausa Kalah 5 Perlawanan Tidak Boleh Digunakan
Liga Super
Zhafri Aminurashid
Advertisements

Isu dalaman yang membelenggu sebuah pasukan Liga Super ketika ini turut mendedahkan satu klausa yang disertakan dalam kontrak jurulatih iaitu pemecatan sekiranya pasukan tewas sebanyak lima kali. Tetapi menurut seorang peguam, klausa tersebut tidak boleh dikuatkuasakan.

Peguam sukan Zhafri Aminurrashid berpandangan sedemikian kerana ia tidak akan diterima oleh mana-mana badan perundangan bola sepak termasuk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Silap haribulan, jurulatih yang dipecat disebabkan klausa tersebut boleh menuntut pampasan sewajarnya atas apa yang berlaku.

Zhafri turut melihat kewujudan klausa tersebut sebagai tanda pemilik pasukan sebenarnya tidak mempercayai keupayaan jurulatih yang dilantik. Jika itu berlaku, lebih baik berikan saja kontrak jangka pendek daripada menyertakan klausa yang tidak munasabah dalam kontrak.

Advertisements

“Klausa kalah lima perlawanan kena buang adalah tidak boleh dikuatkuasakan di dalam perundangan bolasepak. Kalau tak percaya sangat, bagi saja jurulatih kontrak tiga bulan.

“Tak OK lepas tiga bulan, tak payah perbaharui. Tak payah bayar pampasan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram