Ads
Liga Super
KF Skenderbeu

Pasukan Liga Super, Penang FC menerima satu lagi suntikan semangat apabila membawa masuk penyerang baharu pada jendela perpindahan kali ini.

Advertisements

Desas-desus mengenai ketibaan pemain baharu sudah mula diperkatakan apabila tular gambar seorang pemain sedang menjalani latihan bersama pasukan.

Advertisements

The Phanters bergelut untuk menjaringkan gol pada musim ini selepas penyerang utama, Giovanne Gomes gagal mencetus impak yang diharapkan.

Advertisements

Advertisements

Barisan kejurulatihan pasukan akhirnya diberi peluang untuk membawa masuk peledak berbisa Ireland-Nigeria, Abdul Abdeen Temitope.

Menerusi hantaran oleh Penang FC, pemain berusia 28 tahun ini menjadi rekrut terbaru pasukan yang dibawa masuk dari kelab yang menjuarai liga kedua Albania, KF Skenderbeu pada musim lalu.

Advertisements

Beliau juga pernah beraksi di beberapa liga berbeza termasuklah England, Malta dan Norway.

Abdeen memiliki rekod jaringan yang agak baik bersama pasukannya di Albania. Pada musim lalu, pemain tinggi lampai ini telah menjaringkan 12 gol dalam 24 penampilan.

Beliau juga merekodkan 20 jaringan ketika beraksi di Malta dalam 29 perlawanan.

Kemasukan Abdeen sudah pasti memberi suntikan semangat baharu buat pasukan bimbingan Manzoor Azwira yang kini berada pada kedudukan ke-10 selepas 17 perlawanan dengab mengumpul 18 mata.

Advertisements

Ujian sebenar pemain ini apabila memasuki aksi Piala Malaysia berdepan KL City FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram