Peluang Bertemu Bintang Manchester United & Harimau Malaya Di Kuala Lumpur
MakanBola
Malaysia Airlines

Peminat bola sepak negara berpeluang bertemu dengan barisan bintang Manchester United dan Harimau Malaya di Kuala Lumpur.

Ini sebagai sebahagian daripada usaha Malaysia Airlines menarik kehadiran penyokong ke MATTA Fair 2026 yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 April ini.

Penyokong bukan saja berpeluang beramah mesra dengan trio legenda Manchester United, Andy Cole, Gary Neville and Wes Brown.

Malah, mereka juga berpeluang memenangi hadiah menarik dengan melepasi cabaran-cabaran yang disediakan di reruai Malaysia Airlines.

Penyokong yang mahu beramah mesra dengan legenda United boleh berbuat demikian dengan mengunjungi reruai Malaysia Airlines pada 3 dan 4 April.

Hari pertama menyaksikan sesi akan berlangsung dari jam 1.30 petang hingga 2.00 petang. In disusuli dengan sesi hari kedua dari jam 11.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Ini disusuli sesi beramah mesra dengan barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT). Sesi itu akan berlangsung pada 4 April dan bermula dari jam 12,00 tengah hari hingga 12.30 tengah hari.

Sesi ramah mesra Harimau Malaya pula pada 5 April dan bermula dari jam 11.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Selain JDT, Harimau Malaya dan Manchester United, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang juga akan memeriahkan reruai Malaysia Airlines pada 4 April.