Harimau Malaya berpeluang untuk mencipta kejutan pada Julai ini.
Skuad kebangsaan kini sudah pun menamatkan cabaran Kelayakan Piala Asia 2027 pada kedudukan kedua kumpulan dengan 9 mata selepas enam perlawanan.
Kedudukan tersebut menyaksikan anak buah Peter Cklamovski terlepas peluang untuk melangkah ke pentas Piala Asia 2027 di Arab Saudi selepas layak ke Qatar pada edisi sebelum ini.
Perjuangan Harimau Malaya tetap diteruskan dengan cabaran aksi ASEAN Hyundai Cup 2026 menanti pada Julai ini.
Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Laos, Filipina dan juga jaguh Asia Tenggara, Thailand.
Cabaran terbesar skuad kebangsaan adalah menentang Thailand yang kini menduduki tangga ke-93 ranking FIFA.
Pasukan kebangsaan sebelum ini telah menghadapi cabaran hebat menentang Vietnam namun tewas kedua-dua perlawanan, masing-masing dengan keputusan 0-3 dan 3-1 baru-baru ini.
Thailand kendalian Anthony Hudson masiu segar dengan kejayaan melangkah ke pentas Piala Asia 2027 sekali gus mengikut langkah Vietnam, Singapura dan Indonesia ke Piala Asia 2027.
Pertemuan Malaysia dan Thailand dijadual pada 1 Ogos 2026 di gelanggang lawan.