Malaysia berpeluang untuk menerima kehadiran seorang pemain warisan dari Brazil.
Skuad kebangsaan baru sahaja menamatkan kempen Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 pada kedudukan kedua Kumpulan F, meraih 9 mata daripada enam perlawanan.
Persiapan menuju ke pentas ASEAN Hyundai Cup 2026 hangat diperkatakan oleh para peminat dengan beberapa pemain dikaitkan untuk menyarung jersi kebangsaan.
Perkongsian daripada laman Harimau Abroad mendakwa bahawa Malaysia sebenarnya memiliki seorang pemain berbakat besar dari Brazil yang memiliki bertalian darah dengan Malaysia.
Penyerang NK Nafta 1903, Marcos Tavares dikatakan berpotensi untuk mewakili pasukan kebangsaan Harimau Malaya selepas difahamkan lahir di Malaysia.
Beliau merupakan anak kepada lagenda bola sepak Kedah, Magno Tavares yang beraksi selaku pemain import sekitar tahun 2003-2005.
Marcos,21, sudah pun menjaringkan dua gol daripada 13 penampilan di Druga Liga – saingan Divisyen Dua bola sepak di Slovenia dan kini menghampiri promosi untuk melangkah ke liga tertinggi di sana.
Penyerang muda berbakat ini difahamkan berpeluang untuk mewakili tiga negara iaitu Brazil, Slovenia dan juga Malaysia, namun telah menunjukkan minat untuk bersama Harimau Malaya.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung status Marcos Tavares oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).