Peluang Malaysia Kejutkan Pasukan Ke-94 Dunia
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia berpeluang untuk mencipta kejutan berdepan pasukan ke-94 dunia.

Skuad kebangsaan kini dikendalikan oleh ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe bagi menghadapi ASEAN Hyundai Cup 2026, Julai ini.

Senarai 26 pemain menyaksikan Cheng Hoe mengekalkan sebahagian daripada pemain utama Harimau Malaya dengan membuka peluang kepada beberapa pemain muda mendapat tempat.

Beliau juga memanggil nama-nama seperti Syafiq Ahmad, Hadi Fayyadh, Mo Sumareh, Hadi Fayyadh yang beraksi di Jepun termasuklah bintang Sporting JAX, Wan Kuzain Wan Kamal. 

Keputusan undian menyaksikan Harimau Malaya berada dalam Kumpulan B bersama-sama Myanmar, Laos, Thailand dan juga Filipina.

Pasukan kebangsaan bakal membuka tirai saingan menentang Myanmar Jorn Andersen dari Norway di gelanggang lawan pada Sabtu, 25 Julai 2026.

Ujian sebenar Harimau Malaya adalah menentang pasukan ke-94 dunia, Thailand pada perlawanan ketiga yang dijadual pada Sabtu, 1 Ogos 2026.

Sebagai rekod, Thailand berjaya merakam kemenangan ke atas Malaysia dengan keputusan 1-0 pada pertemuan terakhir di Piala AFF 2024.