Peluang Malaysia Menang Kes FIFA 50%, Kata AFC
MakanBola
AFC Academy

Malaysia dilihat memiliki peluang 50-50 untuk memenangi rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Pandangan ini dibuat Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John apabila diminta mengulas kemungkinan rayuan Malaysia diterima CAS atau sebaliknya.

Windsor memaklumkan kemungkinan ini timbul selepas CAS membenarkan perintah penangguhan penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain warisan negara semasa rayuan berjalan.

Figura berusia 65 tahun itu menyifatkan ini kali pertama perkara itu berlaku sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Setiasaha Agung AFC sejak 2015.

Ini kerana dalam banyak kes membabitkan AFC yang dirujuk ke CAS, usaha responden mendapatkan perintah penangguhan tidak berhasil sama sekali.

“(Tujuh pemain) minta perintah penangguhan dan CAS bagi perintah penangguhan ini susah sebab (syarat nak dapatkan perintah penangguhan dia sangat tinggi,” katanya semasa menjadi tetamu XI Sebelas Utama, Astro Arena.

“Jadi, ada 50-50 peluang untuk untuk menang. Sebab pengalaman kita di AFC, semua kes yang AFC buat keputusan, siapa saja yang bawa ke CAS dan minta perintah penangguhan, semua kalah. Mereka tak pernah dapat. Tak pernah dapat dalam sejarah kita di AFC.

“Selama saya jadi Setiausaha Agunglah, daripada 2015, tak pernah ada satu kes pun di mana yang tertuduh itu mendapat penangguhan. Ini kali pertama. Ini yang kita tahulah kali pertama pemain
dapat penangguhan.”

Keputusan rayuan kes FAM dan tujuh pemain warisan negara dijangka diketahui pada 26 Februari ini.