Pemain Albania Pecah Rekod Baru Euro 2024
MakanBola
Albania National Team

Pemain tengah Albania, Nedim Bajrami mencipta rekod baharu di Euro 2024 dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan B menentang Itali pagi tadi.

Pemain berusia 25 tahun itu memerlukan 23 saat sahaja untuk menjaringkan gol pertama pasukan sekaligus menjadi rekod baru jaringan terpantas di kejohanan ini.

Ad
Advertisement

Bagi rekod sebelum ini dipegang oleh pemain Russia, Dmitri Kirichenko yang mencatatkan 67 saat untuk menjaringkan gol ketika menentang Greece bagi edisi 2004.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Albania National Team 🔴⚫ (@albania_national_team)

Advertisement

Walaubagaimanapun, Albania terpaksa akur dengan kekuatan bekas juara Euro 2020, Itali dengan tewas tipis. 

Albania berada di tangga ke-3 kumpulan B berkongsi mata bersama Croatia.

Ad
Advertisement

Selepas ini, akan bertemu Croatia pada 19 Jun bagi misi memburu kemenangan pertama bagi saingan Euro 2024.

Ad