Pemain Baru Perak Puji Karakter Yusri Che Lah
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Pemain baru Perak FC, Ramadhan Hamid telah memuji karakter yang ada pada jurulatih Perak, Yusri Che Lah yang dianggap sebagai seorang jurulatih yang berjiwa besar.

Untuk rekod, Ramadhan pernah berada di bawah kendalian Yusri pada musim 2018 bersama Kelantan namun ianya hanya bertahan separuh musim selepas Ramadhan mengambil keputusan berhijrah ke Kedah.

“Saya pernah di bawah kendalian Yusri pada musim 2018 tetapi waktu itu jodoh saya bersama Kelantan hanyalah separuh musim sahaja sebelum berhijrah ke Kedah.

Advertisements

“Jadi saya rasa tiada masalah untuk saya bekerja di bawah bimbingan beliau di mana bagi saya, beliau seorang yang sangat tegas.

“Beliau juga seorang jurulatih yang berjiwa besar dan disiplin pemain paling dititikberatkan” jelas Ramadhan seperti yang dilaporkan MFL.

Mengenai keputusannya berhijrah ke Perak dari PDRM FC, Ramadhan akui sukar untuk membuat keputusan kerana memikirkan pasukan PDRM banyak membantu dirinya mencapai potensi sebenar sebagai penjaga gol.

Advertisements

“Sejujurnya saya tidak terlintas sedikit pun akan bersama Perak pada musim ini dan sebelum Perak membuat tawaran, saya sudah ada terima dua tawaran lagi tetapi melalui telefon dan berbincang dalam panggilan telefon sahaja.

“Tetapi Perak lebih cepat serta terus memberi tawaran kepada saya dan bagi saya itu satu kejutan disaat saya sudah tidak terfikir langsung bersama pasukan lain sekaligus membuat saya berfikir panjang serta sukar untuk menolak tawaran tersebut.

“Sangat susah untuk saya buat keputusan meninggalkan PDRM yang banyak membantu saya untuk meletakkan saya di tahap ini dan berharap semoga saya dapat membantu Perak ke tahap lebih tinggi lagi”, tambahnya lagi.

Advertisements

Ramadhan melalui prestasi memberangsangkan bersama PDRM musim lalu apabila berjaya membantu pasukan itu menjulang Piala Cabaran. Malah beliau juga merupakan penjaga gol keempat yang mencipta clean sheet tertinggi dalam saingan Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram