Pemain Berdarah Malaysia Buatkan Liverpool Merana
Eropah
Ethan Wheatley
Advertisements

Pemain berdarah keturunan Malaysia, Ethan Wheatley yang kini beraksi untuk pasukan Manchester United Bawah 18 (B-18) berjaya membantu pasukannya menewaskan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris Bawah 18 semalam.

Dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Latihan AON itu, Ethan Wheatley meledak pada minir ke-21 perlawanan sekali gus menyamakan kedudukan selepas Liverpool terlebih dahulu di hadapan.

Selepas jaringan tersebut terhasil, Ethan dilihat terus mempamerkan kerajinan apabila sentiasa berlari dan beralih ke posisi berbeza untuk membantu pasukan mencipta jaringan.

Advertisements

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 4-3 berpihak kepada Manchester United B-18.

Gol yang dijaringkan Ethan itu merupakan jaringan keempat beliau bersama Manchester United B-18 selepas beliau diturunkan dalam lima perlawanan.

Manchester United kini semakin garang di carta Liga Perdana Inggeris B-18 dengan merekodkan 100 peratus kemenangan selepas 14 perlawanan yang diharungi.

Advertisements

Ethan Wheatley difahamkan merupakan pemain yang berdarah keturunan Malaysia melalui neneknya. Perkara tersebut telah didedahkan oleh laman pencari bakat, Frfuturetalents.

“Ethan Joseph Wheatly dilahirkan di Stockport, United Kingdom. mempunyai keturunan Malaysia melalui neneknya. Ethan baru sahaja menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan Manchester United,” dedah Frfuturetalents di laman Instagram.

Ini bukanlah kali pertama bakat baru dijumpai di England. Ini kerana beberapa pemain turut berjaya dikesan dan ada juga pemain yang sedang dalam perancangan untuk dibawa ke skuad kebangsaan seperti Richard Chin.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram