Pemain Chelsea, Dylan Williams Dikesan Layak Beraksi Buat Harimau Malaya
Harimau Malaya
Chelsea FC
Advertisements

Pemain muda Chelsea, Dylan Williams dikesan sebagai pemain warisan terbaru yang layak mewakili skuad Harimau Malaya.

Maklumat ini dikongsikan oleh Future Talents selepas pemain pertahanan itu menyerlah bersama skuad The Blues Bawah 21 Tahun (B-21) musim ini.

Lahir di Telford, United Kingdom pada 13 September 2003, Williams memulakan karier bola sepak sebagai pemain remaja untuk Wolverhampton Wanderers dan Derby County.

Advertisements

Dia kemudiannya menyertai Chelsea dalam tetingkap perpindahan musim sejuk 2022 dengan yuran perpindahan £566,000 (RM3.3 juta).

Williams yang memiliki ketinggian 1.77 meter mampu beraksi di pelbagai posisi. Selain boleh beraksi sebagai bek kiri dan bek tengah, dia juga mampu beraksi sebagai pemain sayap kiri jika diperlukan.

Advertisements

Pemain pertahanan itu dinilai pada harga £200,000 (RM1.2 juta) dan dilaporkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi nenek sebelah ibunya. Ini kerana nenek sebelah ibunya berasal dari Miri, Sarawak.

Williams sudah merekodkan 18 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris 2 (EPL 2/liga B-21 England) musim ini berdasarkan data terbaru Transfermarkt.

Advertisements

Pemain pertahanan muda itu turut mendapat kepercayaan pengurus The Blues, Mauricio Pochettino apabila dipilih sebagai pemain simpanan skuad utama sebanyak tiga kali.

Williams dipilih sebagai pemain simpanan untuk dua aksi The FA Cup dan satu aksi Carabao Cup untuk musim 2023/24.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram