Advertisement
“Pemain Dah Tiada Hati”
Liga Super
MakanBola
Shamil19

Penyerang berbisa Kelantan FC, Norshamil Abd Ghani secara terbuka memberitahu bahawa para pemain di kelab kini sudah tiada hati untuk beraksi.

Umum mengetahui bahawa pasukan itu menghadapi kekangan yang cukup besar selepas timbul isu mengenai gaji yang tidak dibayar terhadap para pemain.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Tiktok, para pemain The Red Warriors kelihatan seperti mahu meluahkan segala yang terbuku di hati.

Dalam klip tersebut, pemain berusia 26 tahun itu memberitahu bahawa pemain Kelantan kini sudah tidak memiliki semangat untuk beraksi buat Kelantan.

“Pemain Kelantan ni dah tak ada hati. Ada hati yang duduk di Kedah, Kuwe (Ikhwan) duduk di KU (Kelantan United).”

Beliau juga kelihatan seperti memberi bayangan bahawa krisis ini semakin membarah apabila masalah gaji dilihat menjadi faktor yang cukup besar dalam kem pasukan.

Hal ini susulan komen yang diutarakan oleh peminat kelab yang meminta agar harga tiket perlawanan dipotong separuh harga.

“Bolehlah sebab gaji pun bayar separuh,” ujar mereka berseloroh.

Zamsaham bagaimanapun telah tampil memberi penjelasan dengan menyatakan bahawa tiada tunggakan gaji para pemain selain baki 50% yang ditahan akan dilunaskan semua.

Beliau juga meminta agar para pemain beraksi dengan penuh bersemangat agar memperoleh kemenangan dan menjaga maruah pasukan.